Sabtu, 24 November 2012

ceritaku sekadar cerita

 Lahir
    Hari ini 1 Mac 1970 tarikh aku lahir di sebuah desa yang amat jauh dari arus pembangunan iaitu kampung pinapak pitas sebuah daerah yang mundur.Menurut cerita yang aku dengar,semenjak lahir sehingga aku berumur 9tahun aku menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak kampung yang lain.Duniaku diwarnai dengan aktiviti bermain dan bergembira.

   Kanak-kanak kampung seperti aku tidak mengenal permainan yang moden seperti di bandar.Hampir semua permainan kami adalah hasil usaha kami sendiri dan yang paling hebatpun dibuat oleh ibubapa kami kerana hasilnya lebih kemas dan cantik.Seingat aku jenis permainan yang amat kami gemari seperti main tapuk-tapuk,main kahwin-kahwin,main rumah-rumah,panjat pokok dan melukis di tanah.Selain itu permainan seperti mipindu,main jabat,main katak-katak,main sip-sip juga kami gemari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan