anak kampung

cerita manusia memang berbeza.masing-masing dengan keunikannya yang tersendiri.pasal aku pula yang lahir dan membesar di kampung tentunya banyak pahit dan manisnya.kalau aku ingat kembali macam sahaja aku ingin kembali pada zaman itu.


1970...tahun itu aku dilahirkan di kampung pinapak sebuah kampung yang jauh dari arus pembangunan.aku anak ke-7 dalam keluarga.bapaku bernama lantayan bin kassan ibuku bernama rambaying lubayan dusun kimaragang asli.aku juga bertuah kerana mempunyai dua orang lagi ibu iaitu si inan ungkolo dan si inan moyong. kakak sulungzainah,masnah,atan,suman,asmah,jamnah,aku,arman,kasmah,basman,hasfi,norman,ramli,asrinah,jahari,adnan, salmah,c oyong(inda aku ingat semua ba tapi jumlah kami semua 20 orang adik beradik).







seingat aku kami semua adik beradik pintar juga semasa sekolah.aku tidak pasti bilakah aku mula bersekolah kerana aku sangat takut dengan sekolah semasa kecilku.

zaman kanak-kanak

mulai aku ingat semenjak aku berumur 7tahun.Apa yang aku ingat pada masa itu ialah aku tidak mahu bersekolah.aku takut entah apa pasal .ketika kawan-kawan seusiaku pergi sekolah aku pula menghabiskan masaku dengan aktiviti anak kampung seperti melestik burung,membuat rumah-rumah,memanjat jambu dan main tembak-tembak.
aku sanggup menunggu kawan-kawan pulang dari sekolah untuk bermain dengan mereka.walaupun ramai kawan yang memujuk aku supaya pergi sekolah tetapi aku tetap dengan kedegilanku untuk tidak pergi sekolah.aku tahu si apa(bapa) memang susah hati dengan sikapku tidak mahu sekolah itu.macam-macam  cara sudah keluargaku buat supaya aku pergi sekolah tetapi gagal.pada masa kecilku,aku sangat suka dengan pakaian polis dan pestol.Si apa mahu membelikan aku pakaian polis dan pestol tetapi dengan syarat Aku mesti pergi sekolah.kerana suakakan pakaian polis aku pun bersetuju.
Untuk mendapatkan pakaian polis,aku terpaksa dibawa ke kudat.Cerita pasal pergi ke kudat ini juga amat seronok.dan aku amat bertuah kerana si apa selalu membawa kami adik-beradik ke kudat.untuk sampai ke kudat pada masa itu kami terpaksa menaiki bot dari pinapak ke dandun.kami akan bermalam dalam kapal laut yang berlabuh di dandun.perjalanan dari pinapak ke dandun memakan masa kira-kira 1jam dan perjalanan dari dandun ke kudat pula kira-kira 6jam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan