Sabtu, 24 November 2012

Lambaian Kaabah

Tarikh 8 Oktober 2012...merupakan satu detik yang menarik dalam hidup kami .Hari ini kami akan melepaskan bapa untuk mengerjakan ibadat haji ke tanag suci .Perasaan sebak bermain dalam fikiran kami anak-anaknya.Jelas dalam rasa bersyukur kerana tahun ini bapa terpilih menjadi tetamu Allah,terselit perasaan sedih dan hiba yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Hanya kepada Allah segalanya diserahkan semoga bapa diberikan kekuatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.Dengan iringan doa,subuh Isnin 8okt kami menghantar bapa ke KKIA .








































Dan hari ini 21November 2012 merupakan saat yang kami semua nanti-nantikan  jadual c apa akan pulang dari Tanah Suci.Tepat jam10.30 pagi flight landing di kkia.....























ceritaku sekadar cerita

 Lahir
    Hari ini 1 Mac 1970 tarikh aku lahir di sebuah desa yang amat jauh dari arus pembangunan iaitu kampung pinapak pitas sebuah daerah yang mundur.Menurut cerita yang aku dengar,semenjak lahir sehingga aku berumur 9tahun aku menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak kampung yang lain.Duniaku diwarnai dengan aktiviti bermain dan bergembira.

   Kanak-kanak kampung seperti aku tidak mengenal permainan yang moden seperti di bandar.Hampir semua permainan kami adalah hasil usaha kami sendiri dan yang paling hebatpun dibuat oleh ibubapa kami kerana hasilnya lebih kemas dan cantik.Seingat aku jenis permainan yang amat kami gemari seperti main tapuk-tapuk,main kahwin-kahwin,main rumah-rumah,panjat pokok dan melukis di tanah.Selain itu permainan seperti mipindu,main jabat,main katak-katak,main sip-sip juga kami gemari.