Ada-ada saja
Rasanya tidak keliru sangat bila ada penikut setia bekas pemimpin al-arqam mendakwah bahawa Ustz.Ashaari masih hidup.Pandangan masing-masinglah.setiap manusia Tuhan anugerahkan dengan otak dan fikiran untuk menilai betul salah sesuatu perkara.Secara peribadi bagi saya Ustz.Asaari sudah meninggal,tapi kalau ada orang yang mengatakan sebaliknya,itu hak mereka.Setiap kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat yang kita rasakan betul.
Banyak pihak yang mempolemikkan perkara kecil ini.Rasa Lucu dan merasakan mereka kebudak-budakan pun ada juga.Bagi saya biarkan saja lah...kita dengan fikiran masing-masing.Kalau kita paksa orang mengikut pendapat atau kehendak kita,rasanya akan timbul sifat berpura-pura dan terpaksa.Bila ini wujud maka berlakulah yang dikatakan tenang diluar goncang didalam.
setiap yang bernyawa pasti menemui kematian.” aali-Ilmran: 185. Ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, kewafatan Baginda Muhammad SAW sendiri, ilmu dan akal yang waras mengakui tentang hakikat kematian. Ia adalah perpindahan dari alam dunia ini ke alam barzakh, sebelum dibangkitkan semula menuju ke Mahsyar dan akhirnya ke Syurga atau Neraka. Inilah juga aqidah ahli Sunnah walJamaah.
Jadi kalau ada yang mengatakan yang bahawa ada sesetengah manusia tidak mati,maka biarlah mereka sendiri yang berfikir benar atau salah kenyataan itu.Rasanya kita tidak akan rugi kalau kita lebih bersikap terbuka dalam banyak hal....pertimbangan wajar dan waras mengatasi semuanya...
Mati adalah mati. hakikat yang akan dilalui oleh semua yang bernyawa..insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan