Sabtu, 3 Disember 2011

jujur ka.?

kadang-kadang aku tidak yakin dengan ucapan yang terlalu sempurna.maksudku ialah apabila ada orang yang berkata bahawa hanya mereka sahaja yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat .Tadi aku menonton berita tv,yang mengatakan bahawa tiada selain mereka yang memperjuangkan nasib kita.Merujuk kepada situasi semasa , saya yakin ini hanya retorik semata-mata. Siapa yang terbela sebenarnya.Saya pernah bercerita dengan seorang kawan tentang pelbagai andaian yang ternyata menjadi realiti.Dalam banyak bidang bukan kita sebenarnya yang dibela.Ramai orang yang bangga kerana berada dalam sebuah bahtera besar walaupun mereka sedar bahawa mereka sekadar khadam dalam bahtera itu. Tidak apalah akupun turut bangga kerana aku sedar bahtera itu sudah reput dimamah usia dan akan bersemadi di dasar lautan sebagaimana tenggelamnya kapal Titanic.Harapan ini bukan didorong oleh perasaan benci,amarah atau yang seumpamanya,tetapi kerana keyakinan bahawa tiada jujur dalam bahtera itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan