Isnin, 23 Januari 2012

Kepantingan Penanda Wacana Dalam Karangan

Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. 

 Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan termasuklah:
 Selain itu, Akhirnya, Pada umumnya, Keadaan ini, Seterusnya, Keseluruhannya, Namun begitu, Jadi, Tegasnya, Akibatnya, Sementara, Dalam nada berbeza, Begitu jua, Kalau demikian, Justeru, Sebaliknya, Walau bagaimanapun, Sejajar dengan itu, Walaupun, Sebelumnya, Meskipun demikian, Kesimpulannya, Kini, Oleh hal demikian, Pada amnya, Khususnya, Dengan perkataan lain, Pada keseluruhannya, Ringkasnya, Jelaslah, 

 Penanda wacana perlu diberikan perhatian dalam bahagian karangan – daripada bahagian pendhuluan,si,huraian isi,contoh dalam huraian hinggalah bahagian penutup.Perbincangan ini akan melihat bagaimana penanda wacana dapat digunakan dalam semua bahagian yang disebutkan.

Penanda Wacana untuk Bahagian Pendahuluan
  • Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu hangat diperkatakan.
  • Dalam alaf moden ini,penggunaan komputer menjadi satu dalam kehidupan manusia.
  • Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut,eloklah saya menerangkan maksud iklan.
  • Semasa cuti sekolah yang lalu ,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya.
  • Memang tidak dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat ,terutamanya golongan bawahan.
  • Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangni segera. 
            Penggunaan frasa kata dalam contoh ayat yang diberikan membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulkan sebuah karangan.
Penanda Wacana untuk Bahagian Isi
  • Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini,antaranya termasuklah....
  • Faktor ibubapa punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini.
  • Selain itu,faktor....
  • Di samping itu,sikap remaja juga....
  • Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini,seperti....
  • Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi maslah ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang.Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan supaya....
  • Selain itu kerajaan juga...
  • Langkah lain yang boleh diambil termasuklah....
  • Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan....
  • Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan kerjasama bagi mengatasi maslah ini.
            Dalam bahagian ini penggunaan fraa kata seperti “Pelbagai punca...”,”Selain itu ..” dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman dari segi perbendaharaan kata yang sanagt diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.
Penanda Wacana untuk Bahagian Huraian Isi
  • Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasn ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukuan apa-apa sahaja yang disukainya.
  • Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan merekalah nantinya yang bakal mengambil alih teraju kepimpina negara.
  • Walaupun begitu,masih banyak yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.
  • Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas
  • Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka keadaan persekitaran
  • Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah,langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak
  • Oleh itu, kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar
  • Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
            Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antar satu sama lain.
Penanda Wacana untuk Contoh dalam Huraian Isi
  • Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh ...kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka ...pada tahun 1997.
  • Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian....
  • Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah .....
  • Sebagai contoh....
                        Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian ,penggunaan frasa yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga
 Penanda Wacana untuk Bahagian Penutup
  • Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .Oleh itu....
  • Kesimpulannya, pendisplinan diri menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana....
  • Akhir kata sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda.....
  • Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada kami....
  • Saya sudahi ucapan ini dengan.....
            Jelaslah,aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.

Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian II)

Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinya-takan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu. Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Akhir sekali ialah interteks. Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung pada wacana yang lain. Ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengar. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung pada pengetahuannya terhadap perkaraperkara yang sedang dibaca atau didengar. Penanda Wacana Penanda wacana ialah unsurunsur bahasa yang mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Yang paling dikenali ialah penanda penghubung seperti dan, tetapi, walau bagaimanapun, namun, dan oleh itu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu: (i) penanda leksikal, (ii) penanda rujukan, (iii) penanda penghubung, (iv) penanda penggantian, dan (v) elipsis atau penanda pengguguran. Pada kali ini akan dihuraikan dua daripada lima jenis penanda wacana ini, iaitu penanda leksikal dan penanda rujukan. Pananda leksikal melibatkan pertautan antara unsur leksikon atau perkataan dan frasa secara semantik atau makna. Aspek utama ialah pengulangan, sama ada berbentuk (a) pengulangan unsur yang sama, (b) pengulangan sinonim, (c) pengulangan hiponim, atau (d) pengulangan kolokasi. (a) Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap perkataan atau frasa diulang sepenuhnya tanpa sebarang perubahan. Contohnya: Pada hari minggu ini keluarga kami akan ke Port Dickson. Keluarga Pak Hamid juga akan ke Port Dickson. Dalam contoh ini, komponen akan ke Port Dickson diulang sepenuh dalam ayat kedua dan dengan demikian menghubungkan kedua-dua ayat dari segi makna. (b) Sinonim ialah perkataan yang sama atau hampir sama maknanya dengan perkataan lain, misalnya wanita dengan perempuan dan bapa dengan orang tua. Mengulang sesuatu gejala melalui sinonim menjadikan dua ayat amat bertaut. Contoh pengulangan sinonim: Omar amat menyayangi bapanya yang tinggal di kampung. Orang tua itu diziarahi setiap bulan. (c) Hiponim ialah keadaan di mana satu perkataan mempunyai makna yang dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. misalnya, tenggiri ialah hiponim bagi perkataan ikan oleh sebab tenggiri termasuk dalam makna ikan. Tenggiri, bersamasama bawal, cencaru, selar dan kembung dikatakan berhiponim. Mengulangi unsur-unsur hiponim ini mewujudkan pertautan dalam wacana. Contoh pengulangan hiponim: Malaysia telah mengimport pel­ bagai jenis kereta. Antaranya ialah Honda, Volvo, Mercedes-Benz dan Renault. (d) Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan perkataan yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan perkataan selingkungan. Apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma, misalnya, tergambar situasi permainan bola sepak; dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak. Dalam contoh berikut, perkataan almari, katil, meja dan kerusi dikatakan perkataan yang berkolokasi kerana dalam lingkungan yang sama, iaitu perabot rumah: Mereka berpindah ke rumah baharu. Mereka membeli almari, katil, meja dan kerusi baha­ ru. Setelah selesai menghuraikan penanda leksikal, kini dibincangkan pula penanda rujukan. Penanda rujukan berkait dengan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk, kerana kata-kata ganti nama ini merujuk kata nama dan frasa nama. Dalam ayat (2) berikut, kata ganti nama diri mereka menjadi unsur pertautan antara ayat (1) dengan ayat (2). (1) Hilmi dan Amir telah bertolak. Mereka akan ke pasar malam. Contoh penanda rujukan bersifat kata ganti nama tunjuk (di sana) ialah: Mereka duduk di rumah sepan­ jang hari. Mereka di sana sehingga ayah dan ibu pulang. Sehingga kini telah dihuraikan dua jenis penanda wacana, iaitu penanda wacana berbentuk pengulangan yang sama dan penanda rujukan. Bahagian ketiga huraian tentang wacana bulan hadapan akan menyambung huraian tentang penanda wacana dalam bahasa Melayu, iaitu tentang tiga lagi penanda wacana, di samping jenisjenis wacana. sumber...bharian..

Penanda wacana dalam karangan bahasa Melayu

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN · Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu … · Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …. · Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. · Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. · Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … · Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN · Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. · Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. · Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. · Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ……. · Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN · Kita dapat menyaksikan betapa… · Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana… · Lazimnya, dalam keadaan … · Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah … · Pada hemat saya … · Pada pandangan saya … · Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa … · Sebagaimana yang kita ketahui · Sebagaimana yang kita maklumi · Sejak awal lagi · Sejak kebelakangan ini · Selain itu, pada masa ini juga · Seperti yang telah dinyatakan · Umum mengetahui bahawa · Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN · Bagi sesetengah orang … · Begitu juga dengan … · Begitu juga halnya dengan … · Bertitik tolak daripada itu … · Bukan itu sahaja … · Dalam hal ini … · Dalam konteks ini .. · Dalam zaman yang serba canggih ini … · Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … · Dengan adanya … · Dengan berbuat demikian … · Dengan perkataan lain .. · Disebabkan hal itu · Disebabkan keistimewaan inilah kita .. · Hal ini berlaku disebabkan · Hal ini penting dalam · Hal ini serupa dengan · Hal yang serupa berlaku apabila · Ini disebabkan · Ini membuktikan bahawa · Ini menggambarkan bahawa · Ini secara tidak langsung akan · Ini semua meninggalkan kesan kerana · Ini tentu sekali membuatkan · Jadi kita perlu · Jadi kita hendaklah · Keadaan ini tentunya · Lantaran itu sehingga kini · Kesemua ini menyumbang kepada · Kita mengakui hakikat bahawa · Kita sering menonton di kaca televisyen · Kita sering membaca di dada-dada akhbar · Memandangkan keadaan yang sedemikian · Namun sejak kebelakangan ini · Oleh itu, bolehlah dikatakan · Secara logiknya masa yang · Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita · Keadaan ini seharusnya boleh · Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini · Kendatipun demikian, kita masih · Yang paling nyata ialah · Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK · Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak · Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan · Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak ………… PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH · Sebagai contohnya · Biar kita lihat · Biar kita ambil contoh · Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah · Sebagai analoginya, · Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN · Intihanya, · Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas · Konklusinya, · Dengan ini diharapkan · Bukan itu sahaja · Mudah-mudahan perkara ini · Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa · Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan … · Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama Sumber: Artikel ini saya petik hasil tulisan seorang guru tetapi saya sudah terlupa namanya dan blognya. Saya berharap rakan guru tersebut memberi izin kepada saya menerbitkan semula penanda wacana ini demi kebaikan anak-anak didik kita. Terima kasih

Jumaat, 20 Januari 2012

Orang Murut yangku kenali

Suratan atau kenetulan.Aku mula menjejakkan kaki di daerah pedalaman ini sekitar tahun 1992 untuk mengikuti latihan asas perguruan di sini.Pada awal pengajianku