Keningau khamis 4dec 2008
Sementara menunggu kawan-kawan dari Bongawan,saya memeriksa apa yang patut pada kenderaan pacuan 4rodaku.Maklumlah perjalanan kali ini tidaklah mencabar tapi dalam rombongan kami belum ada seorangpun yang pernah melalui jalan baru Keningau ke Tawau.Banyak versi cerita juga yang pernah aku dengar tentang laluan ini.Misi kami kali ini menjelajah Sabah dari jalan ini....
Sekitar jam 10.30pagi,3 buah kereta dari Bongawan sampai sini Keningau.Biras....biras kenapa kamu lambat....jauh ba ni kita mau pigi jalan.Birasku Rahman Yusuf macam adik beradik sudah kami...semua cerita ngam habis.Cuma kawan-kawan yang 2buah kereta lagi tu tidak berapa biasa mukapun macam pertama kali nampak tapi diorang cepat mesra..ok geng baru rasa macam geng lama sudah.
Kami bertolak ke Nabawan kira-kita jam 10.45pagi.Perjalanan Keningau Nabawan hanya lebih kurang 45minit saja kalau ikut cara saya memandulah tetapi ramai juga pemandu yang boleh
Gambar: Area Kalabakan Tawau on the road...
memandu kurang dari 30minit.Jalan canik,kenderaan kurang jadi boleh pecutlah.Cuma masalah pada jalan Keningau Nabawan ini banyak lori balak yang bukan saja mengakibatkan kerosakan pada struktur jalanraya tetapi juga penyumbang kepada berlakunya kemalangan maut.Palis-palis ba kan..tidak juga ba tu jalan palan-palan...orang Murut bilang liwa-liwa angkukut.
Kami bertolak dari rumah mentua saya di Nabawan kira-kira jam 12.00pm.oyo kira terlalu lewat sudah ni,bekalan banyak kami bawa harap-harap adalah tempat yang sesuai untuk rehat sambil makn-makan.Dari pekan Nabawan banyaklah perkampungan yang kami limpas,tempat ini biasa saja bagi saya sudah selalu sangat saya lalui.Saya rasa si biras Rahman pun begitu juga.Tapi bagi si Puding dan kawan-kawannya tentu ini satu pengalaman baru.Maklumlah orang baru...orang bandar masuk kampung..sori berabis sudah saya mau ingat nama kawan-kawan si Puding tapi uhhhh telupa sudah.Si Puding saja yang saya ingat sebab macam nama makanan,tapi saya percaya itupun bukan nama sebenar dia ba tu.
Selepas melalui kawasan Sepulut kami berhenti untuk rehat dan makan-makan,entah apa nama tempat itu lupa suda...macam ada papan tanda SIMPANG KG.LABANG mungkin tu kalau tidak silap la.Jam 1.00pm kami teruskan perjalanan.
Gambar: Aikal sudah kenyang senyum saja la..
awek ka mama-mama sudah ni
Sempat juga kami lihat puncak Batu Punggul dari jalanraya.Batu Punggul ni merupakan lambang kebangaan penduduk pedalaman terutamanya orang-orang Murut.Banyak mitos dan legenda mengenai Batu Punggul ni.Untuk kepuasan silalah datang sendiri pasti berbaloi-baloi.Mendaki kemuncak Batu Punggul 10kali lebih susah daripada mendaki puncak Kinabalu.
Batu Punggul memang menarik.Walaupun agak terpencil tetapi untuk sampai ke sana tidaklah terlalu sukar.Kawasan Batu Punggul ini termasuk dalam kalender pelancongan Sabah suatu ketika dahulu.Yayasan Sabah telah membat resort untuk kemudahan para pelancong .
Selepas melalui kawasan Sepulut yang terkenal dengan Batu Punggul itu,kami sampai pula di area Maliau Basin yang terkenal dengan jolokan lost world kerana hutannya tidak pernah diganggu.Ramai pelajar dari universiti tempatan dan luar nagara yang melakukan kajian di Maliau Basin ini.Tapi sayang kami hanya lalu sahaja tidak sempat meninjau ke dalam.Cuma yg saya pernah dengar selain daripada kehebatan hutan semulajadinya Maliau Basin juga terkenal dengan kawasan air terjunnya yang amat cantik.
Selapas itu barulah kami sampai betul-betul di kawasan Kalabakan .Di sini lain pula suasananya lautan kelapa sawit mula menggantikan hutan tebal Maliau Basin.Walaupun jalan berhabuk tetapi kehijauan kelapa sawit masih juga jelas kelihatan.Setelah malam menjelma barulah kami sampai di bandar Tawau .terus masuk hotel kingston kerana terlalu penat.........
Tawau 5dec 2008
Orang masih tidur,aku hidupkan kereta dan round-round bandar Tawau.Aduhai apa plua bunyi-bunyi yang tidak diingini pada kereta aku ni,paksa saja nasib baik selepas round-round bandar Tawau kereta ok semula.Kelebihan bandar Tawau ini ialah barang-barang dapurnya yang murah.Banyak barangan murah kerana mudah didapati dari negara jiran Indonesia.Wowww bini-bini lah yang paling sibuk hampir sehari suntuk di pasar besar Tawau.Kami orang lelaki menjadi penanti yang setia... Bosan menunggu bibi-bini membeli di pasar,kami lelaki jalan-jalan bersambung.....